Review from Pn Azlinah
Chemperoh guest house sangat-sangat memuaskan. Walaubagaimanapun, jika boleh disediakan ampaian bagi memudahkan tetamu menyidai pakaian basah. Ada ampaian yang tersedia tetapi agak jauh berada di rumah Meranti.
Mujur di dalam guest house ada disediakan beberapa pinggan mangkuk jadi ianya sedikit sebanyak menyelamatkan kami. Cuma kalau boleh disediakan jug air/flask besar untuk memudahkan tetamu menyediakan minuman. Hanya terdapat 1 jug sahaja dan ini tidak mencukupi bagi tetamu yang ramai. Peti sejuk di bahagian freezer tidak berfungsi jadi kami tidak dapat menyediakan ais pada hari berkenaan.
Informasi yang tertera di dalam website Saujana menyatakan bahawa ada disediakan sleeping bag dan kemudahan tidur yang mencukupi utk 11 orang sahaja. Jadi ada di antara ahli keluarga saya telah bersiap sedia membawa bantal, selimut dan comforter sendiri. Walaubagaimanapun apabila tiba di Saujana, rupa-rupanya terdapat banyak tilam, bantal dan comforter yang jauh lebih mencukupi. Hanya satu sleeping bag sahaja yang terdapat disitu. Diharapkan pihak Saujana dapat memberi maklumat yang lebih tepat dan terperinci berhubung kemudahan ini.
We will be installing the ampaian right after our current upgrade works are complete. Currently, we are installing a store room attached to Chemperoh guest house to store all the mattresses so that we can have enough bedding for everyone who stays there (up to 20 pax) – this will be updated on the website to reflect the change.
Giant tube hanya satu dan jika boleh disediakn lebih dari satu tube untuk kemudahan kanak-kanak. Begitu juga ampaian berasingan untuk rumah Chemperoh.
We are in the process of purchasing more giant tubes to make sure everyone can use one next time.
Walaubagaimanapun, secara keseluhannya saya sangat berpuas hati dengan percutian di Saujana Janda Baik dan berharap dapat berkunjung lagi kesana pada masa akan datang. Terima kasih Saujana!
Thank you very much for your kind comments!
As a token of appreciation for your feedback, here is a 20% discount voucher for accommodation – simply key-in the code for your next stay. We hope to see you again in Saujana Janda Baik!
- Pn Azlinah

